Saya dan Shaklee

Kenapa saya ambil Shaklee? Untuk tambah susu? Tidak. Tak pernah terlintas di hati saya mengambil Shaklee untuk membanyakkan susu kerana syukur alhamdulillah, rezeki anak saya murah sampai satu ketika saya jadi stress kerana baju asyik lencun sewaktu berpantang. Teruskan membaca sekiranya anda ingin tahu kenapa saya berkecimpung dengan dunia Shaklee.


Saya mengamalkan Shaklee semenjak tamat-nya tempoh berpantang saya di mana pada ketika itu saya dapati energy level saya berada di tahap yang mendukacitakan. Bayangkan, saya pernah pergi ke latihan tentera, bomba, polis dan malahan Outward Bound School tetapi tidak pernah energy level saya seteruk ini. Bayang-kan, berjalan-jalan di Jusco Taman Universiti, Skudai pun saya rasa mengahhhh teramat sangat. Sedang-kan waktu belajar, saya boleh tawaf Jusco tu banyak kali. Sapa yang pernah pergi, mesti tahu bahawa Jusco tu kecil aja. Oh dan ketika itu, anakanda tercinta asyik nak mengempenggg je kerana growth spurt yang dialami-nya.


Terbit kerisauan di hati saya kerana bila dah masuk kerja, saya kena jadi SUPERMAK dan SUPERISTERI. Ye-lah, saya bekerja sepenuh masa, isteri sepenuh masa, mak sepenuh masa. Pendek kata, semuaaa pun sepenuh masa tapi tenaga saya tidakkkk penuh lagi. Lagipun, saya tau, bila saya stress dan terlalu letih, ini akan menganggu production saya.


Google punya google, saya stumble upon blog upline saya iaitu Mommy Lyna. Saya pun boleh tahan health freak orang-nya hehe. Saya lebih percaya pada vitamin dari ubat dan kalau saya ada alternatif lain selain dari drugs, memanggg saya ambil alternatif itu. Oh lupa pula nak bagitau, di akhir pregnancy,  pergelangan tangan saya berasa sakit sehinggakan saya rasa macam nak patah tulang. Saya sangka-kan selepas aktiviti push-push di hospital tu, akan pulih seperti biasa. Oh tidakkk. Tidak. Sakit itu berkekalan walaupun anak saya yang tembam itu berusia tiga bulan.


Kembali ke penemuan saya dan Shaklee. Saya consume set B ketika itu, wow! Energy level dengan perlahan kembali semula. Dan sesi penyusuan anakanda tercinta juga tidak panjang tapi dia tetap kenyang dan membesar dengan jayanya. And I'm hooked! Saya siap promo pada kawan-kawan lagi masa tu sebab mereka mahukan production susu seperti saya. Bulan kedua bersama Shaklee, saya tambah Ostematrix. Tanpa saya sedari, sakit di pergelangan tangan itu hilang dengan sendiri-nya walaupun masa tu, anakanda tercinta sudah 6.5kg pada usia tiga bulan (sila imagine dukung beras 5 kg setiap hari hehe).


Begitu-lah perjalanan Shaklee saya dimana saya cuba, saya rasa dan saya percaya bahawa Shaklee juga boleh membantu anda untuk dapatkan kehidupan yang lebih sihat. Hubungi saya di fshafina[@]gmail.com atau 012.781.3035 untuk merasai perbezaan dengan Shaklee!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © Wuhuu Vitamin 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.