Credit: Kak Arnie

Ini kisah dan pengalaman saya sendiri, sebagai seorang ibu bekerjaya dan cabaran-cabaran yang dihadapi sewaktu trimester pertama mengandungkan putera dan puteri kami. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan dan sempadan, terutama kepada ibu-ibu baru.

*image googled*

Bayi Pertama.

Saya berumur 24 tahun ketika disahkan mengandung. Masih muda belia kata orang. Di awal pregnancy, saya mengalami sedikit pendarahan, atau lebih tepat spotting. Awalnya saya tidak berapa endah, kerana saya ingatkan itu perkara biasa. Lagipun, pernah terbaca tentang Implantation Bleeding. Tambahan pula, saya tidak rasa apa-apa kesakitan yang luar biasa.

Namun, bila jumpa doktor, rupanya ia sesuatu yang serius, dan saya perlu bed-rest (MC) selama seminggu. Bed-rest nie memang rehat semata-mata, tidak boleh buat kerja rumah (terutama yang berat-berat), hatta menggosok baju sekalipun. Kerana ketika itu saya membuat pemeriksaan di klinik kesihatan, saya diberikan 5 jenis vitamin (telah di bungkus dan dikepil kan untuk kegunaan sebulan, khas buat ibu mengandung), dan perlu jumpa doktor setiap 2 minggu untuk scan, sehinggalah spotting hilang. Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi Trimester pertama dengan jayanya.

Bayi Kedua.

Apabila home pregnancy test menunjukkan positif mengandung, saya hanya beritahu kepada suami & keluarga rapat. Konon-kononnya mahu merahsiakan dari teman sekerja, saja nak buat surprise. Saya cuma makan Acid Folic yang dibeli dari klinik (mula makan Asid Folik sebelum mengandung lagi) . Namun, surprise saya tak menjadi kerana sekali lagi saya terpaksa bed-rest, MC lagi untuk seminggu. Kali ini keadaannya berbeza, di mana simptom nya lebih teruk berbanding dengan kandungan yang pertama.

Ia bermula dengan sakit pinggang yang melampau pada petang Isnin, dalam perjalanan pulang dari kerja. Sangat sakit, bagaikan sakit kontraksi. Kebetulan suami sedang mengejakan Umrah pada waktu itu, jadi saya perlu kuatkan semangat untuk menguruskan anak pertama. Tapi, gagal juga apabila sepanjang malam sakit pinggang masih belum berkurangan. Saya nekad untuk ke hospital keesokan harinya jika terdapat walau sedikit spotting.

Seperti yang dijangka, keesokannya saya perlu ke hospital. Agak panik apabila Gynae tidak dapat mengesan kehadiran baby melalui normal scan, walaupun pregnancy test adalah positif. Namun Alhamdulillah, melalui transvaginal ultrasound, kami dapat melihat heartbeat baby di monitor. Seronok sangat!

Menurut Gynae, ada banyak sebab perkara ini berlaku - spotting & tak dapat detect heartbeat melalui normal scan. Ada kemungkinan rahim lemah, kandungan luar rahim, dan lain-lain. Memandangkan kali ini saya ke hospital swasta, Gynae hanya memberikan saya Asid Folik dan ubat untuk menguatkan rahim (maaf, tak ingat langsung namanya!). Next appointment akan menentukan samaada kandungan saya normal, boleh diteruskan atau tidak. Dan, Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi Trimester pertama (untuk kandungan kedua) dengan jayanya.

Bayi Ketiga.

Jarak bayi ketiga ini agak jauh dari abang dan kakaknya, kerana selepas menamatkan penyusuan 2 tahun (work-and-pump) untuk kakaknya, saya menyambung pelajaran pula. Umur pun dah 30 tahun. Bak kata orang tua-tua, macam mengandung anak pertama semula!

Berdasarkan 2 kali pengalaman mengandung sebelum ini, bohong kalau saya katakan saya tidak risau dengan kebarangkalian akan berlakunya spotting. Malah, pernah saya bergurau dengan suami, trademark saya setiap kali pregnant ialah, perlu MC seminggu (untuk bed-rest)! Hehe...

Syukur Alhamdulillah, kini saya telahpun berada di Trimester Kedua, dan berjaya melalui Trimester Pertama tanpa "trademark" seperti kebiasaannya. Saya yakin, ini adalah kebaikan & kesan positif mengamalkan vitamin Shaklee dengan konsisten sejak sebelum baby conceive lagi.

Buat pengetahuan, saya mula amalkan vitamin Shaklee selepas kelahiran anak kedua, iaitu bermula dengan set penyusuan Shaklee, pada awal tahun 2008.

Owh ya, saya hanya mengamalkan vitamin yang terdapat di dalam Eu-Four Pack, dan ditambah dengan Energizing Soy Protein (ESP)! Awalnya saya mengalami sakit pinggang juga sebab culas makan OsteMatrix. Ya, bila dah berumur 30-an macam saya nie, walaupun kandungan masih beberapa minggu, kecenderungan untuk sakit pinggang sangat tinggi! Jadi, saya akan pastikan saya tidak skip OsteMatrix terutama sebelum tidur.

Buat ibu-ibu mengandung di luar sana, jika anda turut mengambil suplemen Kalsium, pastikan anda mengikut cadangan pemakanan yang sepatutnya, kerana ada limitation per intake, ya. Jika anda membeli Shaklee Set Eu-Four Pack dari GenkiMomma, saya akan berikan cadangan pengambilan vitamin seperti yang sedang saya amalkan, agar kesan penyerapan vitamin lebih optimum, dan anda akan rasa gembira dan bertenaga seperti saya!!!

Kenapa set Eu-Four Pack?

Secara ringkasnya (untuk ibu mengandung):

Vita-Lea Iron Formula: MultiVitamin lengkap dengan Iron. Risau low Hb. Tak lalu untuk makan kerang dalam jumlah yang banyak, apatah lagi mengenangkan jumlah kolesterol yang tinggi.
B-Complex: Beri tenaga, lengkap dengan Acid Folic. Vitamin B6 dipercayai dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.
Vitamin-C: Sumber kolagen untuk kulit, rawat mild flu, rawat gusi bengkak sepanjang mengandung.
Kalsium (OsteMatrix): Sumber kalsium, beri tenaga, elak kekejangan.
ESP: Sumber protein, beri tenaga, gabungan dengan Vitamin-C dapat kurangkan kesan stretch-mark melampau.

*Note: OsteMatrix dan ESP turut bertindak sebagai milk booster terbaik jika anda seorang ibu yang mengandung & menyusu. Tapi, personally, sila dapatkan advise doktor sekiranya anda ingin meneruskan penyusuan apabila disahkan mengandung, ya!

Sekali lagi, suka saya ingatkan bahawa, jika anda mendapati terdapat apa jua simptom luar biasa sepanjang anda mengandung, cepat-cepatlah berjumpa dengan yang pakar, agar anda boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya, ya. Tidak lupa juga, banyakkanlah pembacaan untuk menambahkan pengetahuan!

Insya Allah, akan saya kongsikan pengalaman menarik sepanjang mengandung sambil mengamalkan vitamin Shaklee di bawah kategory, "Shaklee Baby". (^_-)

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © Wuhuu Vitamin 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.