Bertenaga ketika berpantang adalah satu bonus bagi wanita yang mempunyai anak yang sedang lasak membesar dan pada masa yang sama mempunyai bayi baru yang memerlukan tender loving care. Lebih tenaga, kesabaran dan ketenangan diperlukan bagi situasi seperti ini. Bayangkan kalau fizikal kita tengah lemah, pastinya ia akan menganggu emosi kita. Silap hari bulan, boleh kena postpartum depression atau lebih dikenali sebagai gila meroyan.
Alhamdulillah, hari ini genap 21 hari saya berpantang. Ternyata sungguh berbeza pengalaman berpantang kali pertama dan kedua di mana ketika anak pertama saya belum mengenali Shaklee. Antara perbezaan yang dapat saya rasakan...
1. Lebih bertenaga
Saya mampu untuk ke tandas dan mandi selepas 5 jam bersalin tanpa mengharapkan bantuan, di mana ketika melahirkan anak pertama, saya terpaksa minta bantuan nurse. Saya mampu untuk menguruskan kedua-dua anak saya (Fahad berusia 1 tahun 8 bulan) dalam minggu pertama termasuk memandikan kedua-duanya. Ketika saya berpantangkan Fahad, saya tidak mampu untuk memandikan Fahad kerana masih lemah dan pergelangan saya sakit kerana kekurangan kalsium memandangkan saya alah kepada susu ketika mengandung (kali ini tidak sakit lagi meskipun masih mengalami alah yang sama). Dan saya masih mampu untuk menguruskan Wuhuu Vitamin ketika di labour room dan ketika berpantang.
2. Luka cepat sembuh
Luka saya lebih cepat sembuh kali ini meskipun berlaku 1st degree tearing sehingga menghampiri dubur. Malah, saya mampu untuk turun naik tangga pada minggu pertama dan ianya menjadi lebih mudah pada minggu kedua di mana saya sudah mula berseluar di penghujung minggu kedua.
3. Nampak sihat, berseri dan tidak seperti orang dalam hari
Ini komen yang saya dapat pada minggu pertama kerana ketika itu kami mengadakan majlis pertunangan adik saya dan majlis akikah pada waktu yang sama. Malah, ketika saya ke klinik kesihatan untuk check jaundice level Faris, nurse menyangkakan saya sudah habis pantang.
4. Tidak perlukan formula milk
Syukur alhamdulillah pada kali ini memang Faris masih lagi menyusu badan berbanding Fahad yang ketika minggu pertama kelahiran, terpaksa diberi formula milk (sempat dalam 3-4 botol) kerana susu badan saya lambat keluar. Ternyata penggunaan Alfalfa Complex selepas kelahiran membantu mencetuskan pengeluaran susu badan dan pada masa yang sama membantu pengecutan rahim.
5. Bengkak susu dapat diatasi dengan cepat dan mudah
Kepada yang pernah mengalami bengkak susu pasti tahu betapa seksanya bengkak susu ini. Ketika bengkak, penggunaan pam hanya akan menyebabkan payudara lebih sakit. Selain dari teknik menuam dengan kain yang direndam air panas, mengurut dan marmet, pengambilan lecithin membantu dalam mengurangkan clog duct.
Rahsia saya?
Klik imej untuk paparan lebih jelas |
Dapatkan set bersalin anda dan saya akan kongsikan tips istimewa untuk pengalaman berpantang yang mengembirakan!
No comments:
Post a Comment